Skip to content

Seksyen 19

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 19 of 50
Seksyen 19
(1)

Jika ternyata pada seseorang Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin telah digunakan atau akan digunakan bagi, atau ada di dalam atau pada mana-mana premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, keterangan yang perlu untuk membuktikan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa seseorang pegawai penguat kuasa yang kepadanya diarahkan, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki mana-mana premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan menggeledah bagi, menyita dan menahan mana-mana buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain;

(b)

untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain yang disita dan ditahan;

(c)

untuk mengambil milikan, dan memindahkan dari premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 728

kuarantin, mana-mana buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain yang disita dan menahannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang perlu;

(d)

untuk menggeledah mana-mana orang yang berada di dalam, atau pada, premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, dan bagi maksud menggeledah, menahan orang itu dan memindahkannya ke tempat yang perlu untuk membantu penggeledahan, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dijumpai pada orang itu; atau

(e)

untuk memecah buka, memeriksa dan menggeledah mana-mana buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain.

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam mana-mana premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan memasuki premis itu;

(b)

memasuki dengan kekerasan mana-mana premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; atau

(d)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 25

premis kuarantin yang digeledah di bawah subseksyen

(1)

sehingga penggeledahan itu selesai.

(3)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan mana-mana buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, hasil pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain itu.

(4)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3)

atau memindahkan buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain itu yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.