Seksyen 18
Kuasa penangkapan
of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
ActIn forceProvision 18 of 50
Seksyen 18
(1)
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 23
(2)
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.