Malaysian Quarantine and Inspection Services Act 2011 · Updated to 1 Sep 2016 · Bahagian VII · Pelbagai
41. Pejabat dan kemudahan
Feedback & supportAgensi atau jabatan yang berkaitan atau entiti swasta yang menguruskan premis di pintu masuk hendaklah menyediakan di pintu masuk itu pejabat dan kemudahan bagi pemeriksaan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, makanan atau benda lain dan untuk menjalankan tatacara kuarantin
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 37
ke atas mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, atau benda lain.
Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan pejabat dan kemudahan yang disediakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah ditanggung oleh agensi atau jabatan yang berkaitan atau entiti swasta itu.