Skip to content

Seksyen 49

Peraturan-peraturan

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 49 of 50
Seksyen 49
(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan, tidak termasuk bagi perkara yang berhubungan dengan makanan, yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan kuarantin dan pemeriksaan;

(b)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan tatacara kuarantin;

(c)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan permit, lesen dan perakuan;

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 41

(d)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran pengimport, pengeksport dan ejen;

(e)

untuk mengisytiharkan mana-mana premis sebagai stesen kuarantin atau premis kuarantin;

(f)

untuk menetapkan tatacara bagi mengambil dan berurusan dengan sampel;

(g)

untuk menetapkan pakaian seragam pegawai penguat kuasa;

(h)

untuk menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah

Akta ini; dan

(i)

untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.