Seksyen 46
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, membuat tawaran bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 39
dan yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan itu dalam masa yang ditetapkan dalam tawaran itu.
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang ditetapkan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh
Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(1)
, tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.
(5)
Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan fungsi dan tugasnya di bawah seksyen ini kepada mana-mana pegawai penguat kuasa tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, tetapi perwakilan di bawah subseksyen ini tidak menghalang
Ketua
Pengarah daripada melaksanakan atau menjalankan fungsi dan tugas yang telah diwakilkan.