Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

37. Kecualian

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap pengamal perubatan yang telah didaftarkan (kecuali didaftarkan sementara) sebaik sebelum

Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 [P.U. (A)11/1971]

mula berkuat kuasa di bawah Ordinan Pendaftaran Perubatan 1952

Negeri-Negeri Tanah Melayu [P.T.M. 69 tahun 1952], Ordinan

Pendaftaran Perubatan Sabah [Bab 76] atau Ordinan Pendaftaran

Perubatan Sarawak [Bab 112] atau yang telah diambil bekerja di Sabah oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri Sabah sebagai Pegawai

Perubatan hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai pengamal perubatan berdaftar penuh di bawah peruntukan

Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai mempunyai perakuan amalan tahunan berkenaan dengan baki tahun Akta ini mula berkuat kuasa:

Dengan syarat bahawa berkenaan dengan seseorang pengamal perubatan yang telah didaftarkan (kecuali didaftarkan sementara)

sebaik sebelum Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971

mula berkuat kuasa di bawah perenggan 9(1)(c) atau subseksyen 9(2)

Ordinan Pendaftaran Perubatan 1952 Negeri-Negeri Tanah Melayu atau perenggan 5(1)(d) Ordinan Pendaftaran Perubatan Sarawak, dia hendaklah disifatkan sebagai pengamal perubatan berdaftar penuh di bawah peruntukan Akta ini hanya setakat pendaftarannya dan tertakluk pada syarat dan sekatan yang berkuat kuasa berkenaan dengan pendaftarannya di bawah Ordinan-Ordinan bagi Negeri-Negeri Tanah

Melayu dan Sarawak yang tersebut itu masing-masing:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa berkenaan dengan seseorang pengamal perubatan yang telah dikecualikan daripada pendaftaran sebaik sebelum Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971

Perubatan 61

mula berkuat kuasa menurut kuasa perenggan 17(e) Ordinan

Pendaftaran Perubatan Sabah, dia berhak apabila membuat permohonan kepada Pendaftar untuk didaftarkan penuh di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.

(2)

Tiap-tiap orang yang sebelum Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa

Perlu) Darurat 1971 mula berkuat kuasa—

(a)

telah didaftarkan sementara di bawah peruntukan mana-mana

Ordinan Pendaftaran Perubatan yang disebut dalam subseksyen (1); atau

(b)

telah menjalani suatu tempoh perkhidmatan di bawah perenggan 10(d) Ordinan Pendaftaran Perubatan 1952

Negeri-Negeri Tanah Melayu atau perenggan 5(1)(e)

Ordinan Pendaftaran Perubatan Sarawak, hendaklah disifatkan didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 Akta ini dan hendaklah tertakluk pada subseksyen 13(1) Akta ini:

Dengan syarat, bagaimana pun, bahawa—

(a)

apa-apa tempoh pekerjaan dalam jawatan perubatan tetap yang mungkin telah dijalani olehnya hendaklah dikira sebagai tambahan kepada tempoh pekerjaan dalam jawatan perubatan tetap yang disebut dalam subseksyen 13(2) Akta ini.

(b)

(Dipotong oleh Akta A840).

(3)

Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa telah didaftarkan di bawah mana-mana Ordinan No. 65

(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, dan

Akta ini hendaklah terpakai baginya dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah peruntukan itu terpakai baginya jika dia telah memperoleh pendaftaran di bawah peruntukan yang bersamaan yang tersebut dalam Akta ini.

62

Undang-Undang Malaysia

(4)

Mana-mana perakuan (termasuklah sesuatu perakuan amalan tahunan), notis, permohonan, dokumen lain, kaedah, perintah, peraturan, arahan, pengecualian, tempoh pekerjaan atau perkhidmatan, prosiding, pelantikan, atau perbuatan yang dikeluarkan, diberikan, disampaikan, dibuat, dibenarkan, dijalani, diambil atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa di bawah mana-mana peruntukan

Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 hendaklah, jika ia boleh dikeluarkan, diberikan, disampaikan, dibuat, dibenarkan, dijalani, diambil atau dilakukan di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, terus berkuat kuasa, dan mempunyai kuat kuasa yang serupa, seolah-olah ia telah dikeluarkan, diberikan, disampaikan, dibuat, dibenarkan, dijalani, diambil atau dilakukan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Menteri boleh melalui kaedah-kaedah membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud mengatasi apa-apa kesukaran disebabkan oleh mula berkuat kuasanya

Akta ini atau dalam pemakaian subseksyen (1) hingga (4), dan apa-apa kaedah boleh dibuat supaya berkuat kuasa dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa; dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah dengan sewajarnya disifatkan sebagai tertakluk pada subseksyen ini.

(6)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1) hingga (5), jika sebaik sebelum Ordinan No. 65

(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 mula berkuat kuasa seseorang telah disifatkan didaftarkan di bawah seksyen 30 Ordinan Pendaftaran

Perubatan 1952 Negeri-Negeri Tanah Melayu, orang itu tidak boleh disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika dalam tempoh enam bulan dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa—

(a)

dia membuat suatu permohonan bertulis kepada Pendaftar supaya disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini; dan

(b)

dia memuaskan hati Pendaftar bahawa sebaik sebelum tarikh

Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 mula berkuat kuasa dia telah—

(i)

pada lazimnya bermastautin di Semenanjung Malaysia; dan

Perubatan 63

(ii)

sebenarnya bertugas menjalankan amalan perubatan atau pembedahan di Semenanjung Malaysia, dan jika dia telah memuaskan hati Pendaftar sedemikian, dia hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini tertakluk pada kelulusan, syarat dan sekatan yang sama seperti yang telah berkuat kuasa berkenaan dengannya di bawah seksyen 30 tersebut itu:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh, dalam sesuatu hal tertentu, jika difikirkannya patut dan munasabah untuk berbuat demikian, melanjutkan tempoh enam bulan itu setakat yang difikirkannya sesuai dalam hal keadaannya:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pendaftar boleh, menurut budi bicara mutlaknya, dalam apa-apa hal atau hal-hal tertentu, jika dia mendapat tahu bahawa dalam hal atau hal-hal itu orang yang berkenaan itu telah, pada bila-bila masa sebelum dari tarikh Ordinan

No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 mula berkuat kuasa, disifatkan didaftarkan di bawah seksyen 30 itu dan telah pada lazimnya bermastautin di Semenanjung Malaysia dan sebenarnya bertugas menjalankan amalan perubatan atau pembedahan di Semenanjung

Malaysia, menyifatkan orang itu sebagai didaftarkan di bawah Akta ini, walau pun orang itu telah tidak membuat permohonan supaya disifatkan didaftarkan sedemikian.

Report