Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan
44. Kecualian
Feedback & supportApa-apa jua yang telah dilakukan di bawah seksyen 40, 41,
42 atau 43 Ordinan No. 65 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971
hendaklah disifatkan telah dilakukan di bawah seksyen 40, 41, 42 atau 43, masing-masing, Akta ini dan hendaklah, terus berjalan kuat kuasa dan berkuat kuasa dengan sewajarnya di bawah seksyen masing-masing Akta ini.
Subseksyen 37(4) dan (5) hendaklah terpakai bagi Bahagian ini dan dalam pemakaian sedemikian, peruntukan itu hendaklah ditafsirkan sebagai meluaskan subseksyen (1).
Tiada apa jua pun dalam subseksyen (1) boleh mempunyai kuat kuasa untuk menjadikan mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa penalti berkenaan dengan apa-apa peninggalan untuk mematuhi, atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan yang berlawanan dengan subseksyen 40(2) dan seksyen 41.
68
Undang-Undang Malaysia