Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

40. Notis kepada orang berdaftar penuh supaya berkhidmat dalam jawatan perubatan dalam perkhidmatan awam

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang memperoleh pendaftaran penuh di bawah Akta ini hendaklah sebaik sahaja didaftarkan sepenuhnya atau pada bila-bila masa kemudiannya disampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah yang menghendaki orang itu supaya memegang jawatan perubatan dalam apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pada sesuatu tarikh, dalam setiap hal ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Seseorang yang disampaikan kepadanya suatu notis disampaikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(3)

Sebaik sahaja pertuduhan di bawah subseksyen (2) atau di bawah seksyen 41 dibuktikan dalam mahkamah terhadap mana-mana orang, pendaftaran orang itu di bawah seksyen 14 hendaklah disifatkan sebagai terbatal, dan Pendaftar hendaklah memotong nama orang itu daripada Daftar.

*CATATAN—Bahagian ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 01-10-1986–lihat subseksyen 12(1) Akta A840.

Perubatan 65

(4)

(a)

Jika nama seseorang dipotong daripada Daftar di bawah subseksyen (3), nama orang itu tidak boleh dimasukkan semula ke dalam Daftar kecuali atas arahan yang diberikan oleh Menteri, dan

Menteri boleh memberikan arahan itu apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang namanya telah dipotong daripada

Daftar.

(b)

Mana-mana arahan yang diberikan sedemikian boleh dibuat tertakluk pada penunaian apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, dan terma dan syarat yang menghendaki orang itu berkhidmat dalam jawatan perubatan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi suatu tempoh terus-menerus yang berjumlah tidak kurang daripada dua tahun dalam apa-apa jawatan dalam mana-mana satu perkhidmatan awam atau lebih sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Ketua

Pengarah menurut budi bicaranya.

(c)

Semasa orang itu sedang menunaikan terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen ini, dia hendaklah disifatkan didaftarkan penuh setakat yang perlu untuk menunaikan terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen ini dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, tetapi tidak bagi apa-apa maksud lain; dan apabila terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen ini telah ditunaikan, dia berhak mendapatkan suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sebagai keterangan mengenainya.

(5)

Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (4) supaya dimasukkan semula sesuatu nama ke dalam Daftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah jua pun.

(6)

Jika sesuatu notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada seseorang yang boleh disampaikan kepadanya notis itu, Ketua

Pengarah boleh pada bila-bila masa membatalkan notis itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan supaya suatu notis selanjutnya di bawah subseksyen (1) disampaikan kepadanya.

66

Undang-Undang Malaysia

Report