Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan
42. Kuasa Menteri untuk memberikan pengurangan, pengecualian atau penangguhan tempoh perkhidmatan di bawah seksyen 41
Feedback & supportMenteri boleh—
berkenaan dengan mana-mana orang tertentu;
secara am berkenaan dengan mana-mana golongan orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya;
secara am, berkenaan dengan semua orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya, memberikan apa-apa pengurangan yang difikirkannya sesuai atau pengecualian penuh daripada tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 41.
Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh mana-mana orang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 41, memberi orang itu penangguhan daripada memulakan perkhidmatan itu selama apa-apa tempoh yang difikirkannya sesuai jika dia berpuas hati bahawa adalah adil dan munasabah untuk berbuat demikian itu.
Perubatan 67
Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (2) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah jua pun.