Seksyen 30
Seksyen 30
Jika mana-mana pemegang pajak gadai atau mana-mana peniaga barang-barang terpakai atau mana-mana pekerja platinum, emas atau perak atau mana-mana peniaga artikel platinum, emas atau perak, dalam masa sepuluh hari daripada penerimaan apaapa barang atau apa-apa logam atau artikel tersebut, atau selepas menerima maklumat daripada seorang pegawai polis bahawa apa-apa barang, logam atau artikel yang dinyatakan telah dicuri atau diperolehi secara fraudan, melebur, mengubah atau mencacat atau melepas milik atau selainnya menyimpan barang-barang itu, atau menyebabkan barang-barang itu dilebur, diubah atau dicacat atau dilepas milik atau selainnya disimpan tanpa kebenaran dahulu daripada Ketua Pegawai Polis, dan dibuktikan bahawa barang-barang, logam atau artikel tersebut telah dicuri atau diperolehi secara fraudan, pemegang pajak gadai, peniaga barang-barang terpakai, pekerja atau peniaga tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa, jika nilai barang-barang, logam atau artikel itu tidak melebihi tiga ratus ringgit subseksyen ini hendaklah berkuatkuasa seolaholah perkataan "sepuluh hari" itu digantikan oleh ungkapan "tiga hari (tidak termasuk mana-mana cuti mingguan)".
(2)
Jika apa-apa barang atau artikel, yang kepadanya peruntukan subseksyen (1) seksyen ini terpakai, adalah secara biasanya dijual atau dicadangkan untuk digunakan bersama dalam pasangan atau set, maka nilai barang-barang atau artikel itu hendaklah, bagi maksud subseksyen tersebut, ialah nilai pasangan atau set barang-barang atau artikel tersebut.
(3)
Peruntukan-peruntukan seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana pemegang pajak gadai atau mana-mana peniaga barang-barang terpakai atau mana-mana pekerja platinum, emas atau perak atau mana-mana peniaga artikel platinum, emas atau perak yang menerima apa-apa barang, atau logam atau artikel tersebut daripada pemegang pajak gadai, peniaga barang-barang terpakai, pekerja atau peniaga yang lain, jika barang-barang, logam atau artikel itu telah disimpan oleh pemegang pajak gadai, peniaga barang-barang terpakai, pekerja atau peniaga yang disebutkan terdahulu itu selama sekurang-kurangnya bagi tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) seksyen ini dan bersesuaian dengan barang-barang, logam atau artikel tersebut.