Seksyen 31
AM
Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2), mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang pada penglihatannya melakukan kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini, atau disyaki dengan munasabah melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini melainkan orang tersebut memberi nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa dia akan menjawab dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.
(2)
Mana-mana haiwan, kenderaan atau artikel yang mengenainya, dengannya atau baginya suatu kesalahan telah atau dipercayai dengan munasabah telah dilakukan boleh disita dan dibawa ke suatu paun atau balai polis dan disimpan di situ sehingga tuduhan telah diselesaikan, melainkan dilepaskan lebih awal dengan perintah Majistret atau mana-mana pegawai polis yang menjaga sesuatu balai polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada sarjan:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa harta yang disita dan ditahan itu adalah tertakluk kepada kereputan yang cepat dan semulajadi atau pada pendapat Ketua Pegawai Polis bernilai kurang daripada sepuluh ringgit, harta tersebut boleh dijual pada bila-bila masa dan pendapatan bersih daripada jualan tersebut hendaklah disimpan dan dilupus. dengan cara sebagaimana Majistret boleh mengarahkan dalam perbicaraan terhadap tuduhan itu.