Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII.”.
30. Pindaan seksyen 75
Feedback & supportSeksyen 75 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“atau permit penggunaan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, permit penggunaan atau permit jalan”;
Undang-Undang Malaysia 18
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) draf bank;
cek jurubank;
wang melalui pemindahan dana elektronik;
atau”; dan
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“(a) dan (b)” dengan perkataan “wang tunai, draf bank, cek jurubank atau wang melalui pemindahan dana elektronik”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“permit penggunaan atau lesen kecil” dengan perkataan
“lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Jika pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan lesen, lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan itu,
Pengarah boleh melucut hak keseluruhan atau sebahagian daripada deposit yang dibayar oleh pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan itu.”.