Skip to content

Seksyen 26

Seksyen 68 Akta ibu dipinda—

of Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 28 of 63
Seksyen 26

(a)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) kawasan lesen kecil;”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 69