Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 · As enacted · Bahagian VIII · Bahagian VIII.”.
27. Pindaan seksyen 69
Feedback & supportSeksyen 69 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
Perhutanan Negara (Pindaan)
17
“(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.