Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian IX · Pelbagai
78. Perbuatan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati
Feedback & supportTiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Jawatankuasa atau Tribunal Rayuan Keselamatan dalam
Talian;
Pengerusi Jawatankuasa atau mana-mana anggota lain
Jawatankuasa;
Pengerusi Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian;
Setiausaha kepada Tribunal Rayuan Keselamatan dalam
Talian atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan
Keselamatan dalam Talian; atau
Undang-Undang Malaysia 66
mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Jawatankuasa atau Tribunal Rayuan
Keselamatan dalam Talian, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan fungsinya dan dalam penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.