Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian IX · Pelbagai
84. Section 84
Feedback & supportSetiap suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan atau diberitahu kepada mana-mana orang boleh disampaikan atau diberitahu—
secara ke diri kepada orang itu;
dengan menghantar secara pos berdaftar kepada orang itu; atau
melalui penghantaran elektronik.
Undang-Undang Malaysia 70
Suatu suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain yang dihantar kepada seseorang secara pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu kepada orang itu pada masa ia sepatutnya disampaikan kepada orang itu dalam penjalanan pos biasa jika suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain itu dialamatkan—
dalam hal syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain—
ke syarikat berdaftarnya;
ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan
dalam hal seseorang individu, ke alamatnya yang terakhir diketahui.
Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain disampaikan atau diberitahukan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik itu.