Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian IX · Pelbagai
80. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan kod
Feedback & supportSuruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan kepada Akta ini.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa kod bagi maksud pematuhan kewajipan di bawah Bahagian III oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen.
Setiap garis panduan dan kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Keselamatan dalam Talian 67
Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.