Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian IV · Kebolehpatenan

13. Reka cipta yang tidak boleh dipaten

Feedback & support
(1)

Walaupun pada hakikatnya ia mungkin reka cipta dalam erti seksyen 12, yang berikut tidak boleh dipaten:

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

(a)

penemuan, teori saintifik dan kaedah matematik;

(b)

jenis tumbuhan atau binatang atau proses yang pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain mikroorganisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran proses mikrobiologi itu;

(c)

skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;

(d)

kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah terpakai bagi keluaran yang digunakan dalam mana-mana kaedah sedemikian.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika sekiranya terdapat keraguan tentang sama ada barang yang ditetapkan dalamnya adalah boleh dipaten atau tidak, Pendaftar boleh merujukkan perkara itu kepada

Pemeriksa untuk menanyakan pendapat dan selepas itu Pendaftar hendaklah memberi suatu keputusan tentang sama ada untuk memasukkan atau mengeluarkan barang berkenaan sebagai boleh dipaten, mengikut mana yang berkenaan.

Report

Bahagian V

Hak Kepada Suatu Paten

Bahagian VI

Permohonan, Tatacara bagi Pemberian dan Jangka Masa

Bahagian VII

Hak Pemunya Paten

Bahagian VIII

Permohonan Paten dan Paten Sebagai Objek Harta

Bahagian IX

Kontrak Lesen

Bahagian X

Lesen Wajib

Bahagian XI

Penyerahan, Bangkangan dan Pentaksahan Paten

Bahagian XII

Pelanggaran

Bahagian XIII

Kesalahan

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules