Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IV · Kebolehpatenan
17C. Paten dan perakuan bagi perbaharuan utiliti tidak boleh diberikan kedua-duanya sekali bagi reka cipta yang sama
Feedback & supportJika seseorang pemohon bagi mendapatkan paten telah juga—
membuat permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti; atau
diberi suatu perakuan bagi perbaharuan utiliti, dan hal perkara permohonan bagi mendapatkan paten itu adalah sama dengan hal perkara permohonan yang tersebut dalam perenggan (a)
atau hal perkara perakuan yang tersebut dalam perenggan (b), paten
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
tidak boleh diberikan sehinggalah permohonan yang tersebut dalam perenggan (a) ditarik balik atau perakuan yang tersebut dalam perenggan (b) diserahkan.
Jika seseorang pemohon bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti telah juga—
membuat permohonan bagi mendapatkan paten; atau
diberi suatu paten, dan hal perkara permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti itu adalah sama dengan hal perkara permohonan yang tersebut dalam perenggan (a) atau hal perkara paten yang tersebut dalam perenggan (b), perakuan bagi perbaharuan utiliti tidak boleh diberikan sehinggalah permohonan yang tersebut dalam perenggan (a)
ditarik balik atau paten yang tersebut dalam perenggan (b) diserahkan.