Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IV · Kebolehpatenan
17B. Penukaran daripada permohonan bagi mendapatkan paten menjadi permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti, dan sebaliknya
Feedback & supportSesuatu permohonan bagi mendapatkan paten boleh ditukarkan menjadi suatu permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti.
Paten 21
Sesuatu permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti boleh ditukarkan menjadi suatu permohonan bagi mendapatkan paten.
Sesuatu permintaan untuk menukarkan suatu permohonan bagi mendapatkan paten menjadi suatu permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti atau untuk menukarkan suatu permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti menjadi suatu permohonan bagi mendapatkan paten hendaklah difailkan oleh pemohon dan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Sesuatu permintaan bagi penukaran di bawah seksyen ini hendaklah difailkan dengan Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.
Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan penukaran, tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (4)
tidak boleh dilanjutkan di bawah seksyen 82.
Sesuatu permintaan bagi penukaran di bawah seksyen ini tidak boleh dilayani melainkan jika fi yang ditetapkan dibayar kepada
Pendaftar.
Sesuatu permohonan yang sudah ditukarkan hendaklah disifatkan telah difailkan pada masa permohonan asal difailkan.