Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XII · Pelanggaran
58A. Tindakan yang disifatkan bukan pelanggaran
Feedback & supportMaka tidaklah menjadi suatu tindakan pelanggaran perbuatan mengimport, menawarkan untuk jualan, menjual atau menggunakan—
apa-apa keluaran yang dipaten; atau
apa-apa keluaran yang didapati secara langsung dengan menggunakan proses yang dipaten atau yang kepadanya proses yang dipaten itu telah digunakan, yang dikeluarkan oleh, atau dengan keizinan, bersyarat atau selainnya, pemunya paten itu atau pemegang lesennya.
Bagi maksud seksyen ini, “paten” termasuklah paten yang diberikan di mana-mana negara di luar Malaysia berkenaan dengan reka cipta yang sama atau yang pada dasarnya sama dengan reka cipta yang baginya suatu paten diberikan di bawah Akta ini.
Paten 67