Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XII · Pelanggaran
62. Perisytiharan tanpa pelanggaran
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (4), mana-mana orang yang berkepentingan adalah berhak untuk meminta, dengan memulakan prosiding terhadap pemunya paten, supaya
Mahkamah mengisytiharkan bahawa pelaksanaan tindakan tertentu itu tidaklah menjadi suatu pelanggaran terhadap paten.
Jika orang yang membuat permintaan itu membuktikan bahawa tindakan yang berkenaan itu tidak menjadi suatu pelanggaran terhadap paten,
Mahkamah hendaklah memberi perisytiharan tanpa pelanggaran.
Paten 69
Pemunya paten adalah mempunyai kewajipan untuk memberitahu pemegang lesen mengenai prosiding itu dan pemegang lesen adalah berhak untuk turut serta dalam prosiding itu dengan tiadanya apa-apa peruntukan yang bertentangan dalam kontrak lesen itu.
Orang yang meminta perisytiharan tanpa pelanggaran adalah mempunyai kewajipan untuk memberitahu benefisiari bagi lesen wajib yang diberi di bawah seksyen 51 mengenai prosiding itu dan benefisiari tersebut adalah berhak untuk turut serta dalam prosiding itu.
Jika tindakan yang berkenaan telahpun menjadi perkara prosiding pelanggaran, defendan dalam prosiding pelanggaran itu tidak boleh memulakan prosiding bagi suatu perisytiharan tanpa pelanggaran.
Prosiding bagi perisytiharan tanpa pelanggaran boleh dimulakan bersama dengan prosiding untuk membatalkan paten, kecuali jika pembatalan paten itu diminta di bawah subseksyen 60 (3).