Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XII · Pelanggaran
60. Injunksi dan award ganti rugi
Feedback & support(1)
Jika pemunya paten membuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan atau sedang dilakukan, Mahkamah hendaklah mengawardkan ganti rugi dan hendaklah memberi suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran selanjutnya dan apa-apa remedi undang-undang yang lain.
(2)
Jika pemunya paten membuktikan pelanggaran yang memungkinkan Mahkamah hendaklah memberi suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran dan apa-apa remedi undang-undang yang lain.
(3)
Defendan dalam mana-mana prosiding yang disebutkan dalam seksyen ini boleh meminta pembatalan paten itu dalam prosiding yang sama, dan dalam hal yang sedemikian peruntukan subseksyen 56(2)
dan (3) adalah terpakai.