Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2019Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan

21. Kuasa untuk menyuraikan perhimpunan

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai polis boleh mengeluarkan arahan untuk bersurai dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

perhimpunan itu diadakan di suatu tempat larangan atau dalam jarak lima puluh meter dari had suatu tempat larangan;

(b)

(Dipotong oleh Akta A1600);

(c)

mana-mana orang di perhimpunan itu telah melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;

(d)

mana-mana orang di perhimpunan itu melakukan mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(e)

peserta perhimpunan telah tidak mematuhi atau tidak mematuhi sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15; atau

(f)

peserta perhimpunan terlibat dalam, atau akan terlibat dalam, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak senonoh atau keganasan terhadap orang atau harta.

(2)

Pegawai polis itu, pada menjalankan kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah seksyen ini, boleh menggunakan segala kekerasan yang munasabah.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 736

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules