Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian V · Penguatkuasaan
21A. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Feedback & supportPegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 9 atau 15 dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pegawai yang Menjaga Daerah
Polis apa-apa amaun wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis.