Seksyen 8
Arahan oleh Menteri
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
ActIn forceProvision 8 of 52
Seksyen 8
(1)
Menteri boleh memberi kepada Perbadanan apa-apa arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini mengenai perjalanan dan pelaksanaan tugas dan kuasanya berhubung dengan apa-apa perkara yang ia dapati ada kena mengena dengan perusahaan perfileman dan Perbadanan hendaklah menguatkuasakan mana-mana arahan itu.
(2)
Perbadanan hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga.