Skip to content

Seksyen 34

Perpindahan hakmilik harta

of Akta Perbadanan Labuan 2001

ActIn forceProvision 34 of 39
Seksyen 34
(1)

Segala tanah yang sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga

Perbadanan Labuan 25

yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Perbadanan.

(2)

Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga yang dibubarkan dan

Majlis yang dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak

Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada Perbadanan.

(3)

Segala surat ikatan, perjanjian, surat cara dan perkiraan yang wujud sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang berpindah hakmiliknya di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Perbadanan dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau

Majlis yang dibubarkan, Perbadananlah yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.