Skip to content

Seksyen 36

Keanggotaan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan

of Akta Perbadanan Labuan 2001

ActIn forceProvision 36 of 39
Seksyen 36
(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan, orang yang memegang jawatan sebaik sebelum hari yang ditetapkan sebagai anggota Lembaga yang dibubarkan dan Majlis

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 609

yang dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Surat Cara yang dibatalkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari yang ditetapkan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang dibubarkan dan

Majlis yang dibubarkan yang terhenti memegang jawatan.

(3)

Dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas hari yang ditetapkan, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada

Menteri laporan, termasuk penyata kewangan, yang dikehendaki di bawah Akta yang dimansuhkan atau Ordinan Kerajaan Tempatan

Sabah bagi tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum hari yang ditetapkan.

(4)

Walau apa pun seksyen 32, Lembaga yang dibubarkan dan

Majlis yang dibubarkan hendaklah disifatkan terus wujud bagi maksud subseksyen (2) dan (3).