Seksyen 35
Perpindahan wang ke dalam Kumpulan Wang
of Akta Perbadanan Labuan 2001
ActIn forceProvision 35 of 39
Seksyen 35
(1)
Segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Lembaga yang dibubarkan hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
(2)
Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Ordinan
Kerajaan Tempatan Sabah [Ord. Sabah 11 tahun 1961] oleh Majlis yang dibubarkan adalah dibubarkan dan segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang itu hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.