Skip to content

Seksyen 12

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Perbadanan Putrajaya 1995

ActIn forceProvision 13 of 37
Seksyen 12
(1)

Perbadanan hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh

Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada

Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Menteri.