Seksyen 5
Keanggotaan Perbadanan
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
(1)
Perbadanan hendaklah terdiri daripada dua orang mewakili
Kerajaan Negeri, yang akan dinamakan oleh Menteri Besar Selangor dengan perkenan Raja Negeri Selangor, dan anggota yang berikut yang akan dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Presiden yang hendaklah bertindak sebagai
Pengerusi;
(b)
tiga pegawai Kerajaan Persekutuan; dan
(c)
dua anggota lain daripada sektor swasta.
(2)
Timbalan Presiden Perbadanan hendaklah dilantik oleh
Presiden daripada kalangan pegawai Kerajaan Persekutuan, dan semasa ketiadaan Presiden pada mana-mana mesyuarat, Timbalan
Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(3)
Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 536