Seksyen 5A
Anggota silih ganti
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(b) dan (c), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Perbadanan sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
(3)
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Perbadanan.