Perbadanan Putrajaya Act 1995 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian V · Kuasa dan Fungsi Lain Perbadanan
26. Kuasa meminjam
Feedback & supportPerbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, meminjam wang melalui penerbitan bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
peruntukan modal kerja;
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Perbadanan di bawah Akta ini;
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
Perbadanan Putrajaya 23