Skip to content

Seksyen 30

Pengambilan tanah

of Akta Perbadanan Putrajaya 1995

ActIn forceProvision 31 of 37
Seksyen 30
(1)

Apabila mana-mana harta tak alih di dalam Wilayah

Persekutuan Putrajaya, yang bukannya tanah Negeri, perlu diperoleh oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

walaupun pampasan akan dibayar oleh Perbadanan, dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia adalah suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Segala perbelanjaan dan pampasan yang kena dibayar bagi pengambilan mana-mana harta tak alih di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan.

(3)

Jika mana-mana harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang kepadanya harta itu tertakluk.