Seksyen 29
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
ActIn forceProvision 30 of 37
Seksyen 29
(1)
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Perbadanan, untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.
(2)
Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua adalah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).