Skip to content
In forceUpdated to 15 Mar 2023Read it in English

Bahagian VI · Kematian dan Kecederaan yang Disebabkan Oleh Racun Makhluk Perosak

28. Melaporkan kemalangan, kematian dan kecederaan diri

Feedback & support
(1)

Apabila sesuatu kemalangan yang menyebabkan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri berlaku sebagai akibat pengasapan, menyembur atau apa-apa cara lain merawati tumbuh-tumbuhan, premis atau barang, termasuklah kapal dan kenderaan, dengan suatu racun makhluk perosak, orang yang olehnya, atau oleh penjawat atau ejennya, pewasapan, penyemburan atau rawatan itu dijalankan hendaklah dengan serta-merta menghantar atau menyebabkan supaya dihantar kepada Menteri notis kemalangan itu dan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri itu.

(2)

Apabila sesuatu kemalangan yang menyebabkan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri dialami oleh seorang pekerja sebagai akibat pengendalian, penggunaan, atau kehadiran atau penyentuhan dengan atau pendedahan kepada sesuatu racun makhluk perosak dalam perjalanan pekerjaannya, majikannya hendaklah dengan serta-merta menghantar atau menyebabkan supaya dihantar kepada Menteri notis kemalangan itu dan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri itu.

(3)

Apabila seseorang pengamal perubatan yang berdaftar mendapati atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang itu telah mati atau menanggung kecederaan diri sebagai akibat daripada pengendalian, penggunaan, atau kehadiran atau penyentuhan dengan atau pendedahan kepada sesuatu racun makhluk perosak, pengamal perubatan yang berdaftar itu hendaklah dengan serta-merta menghantar atau menyebabkan supaya dihantar kepada

Menteri notis kematian atau kecederaan diri itu.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi kemalangan yang menyebabkan kehilangan jiwa manusia atau kecederaan diri yang mengenainya notis dikehendaki oleh Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 [Akta 260]

diberi kepada Menteri yang berkenaan di bawah Akta itu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

(5)

Seseorang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda satu ribu ringgit.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Cerakinan

Bahagian IX

Prosiding

Bahagian X

Bahagian XI

Pindaan, Pemansuhan dan Pengecualian Undang-Undang yang Berkaitan

Bahagian I

Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan—

Schedules