Skip to content

Seksyen 15

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 17 of 66

Seksyen 15

(1)

Seseorang yang berhasrat untuk mengilang sesuatu racun makhluk perosak hendaklah memohon kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan, dan disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan, bagi mendapatkan suatu lesen untuk mengilang racun makhluk perosak itu.

(2)

Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat dengan sewajarnya di bawah subseksyen (1) dan mengikut kaedah-kaedah,

Lembaga boleh, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, jika

Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

racun makhluk perosak yang kepadanya permohonan itu adalah berkenaan adalah pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini atas permohonan pemohon;

Racun Makhluk Perosak 29

(b)

pemohon itu adalah layak dari segi teknikal mengilang racun makhluk perosak itu; dan

(c)

pemohon itu sedar tentang keracunan racun makhluk perosak itu dan tentang risiko yang terlibat dalam penggunaan dan pengendalian racun makhluk perosak itu, dan bersedia dengan cara-cara yang efektif bagi mengurangkan atau mengelakkan keracunan dan risiko itu.

(3)

Sesuatu lesen di bawah seksyen ini adalah sah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkannya tetapi boleh diperbaharui pada hujung tiap-tiap tempoh tiga tahun apabila dibayar bayaran permohonan yang ditetapkan.