Skip to content

Seksyen 21

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 23 of 66

Seksyen 21

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga dan

Menteri yang bertanggungjawab atas perkhidmatan kesihatan, membuat peraturan-peraturan melarang—

Racun Makhluk Perosak 33

(a)

penambahan kepada atau penggunaan atau kehadiran dalam makanan atau apa-apa jenis tertentu makanan itu;

atau

(b)

pengawetan makanan atau apa-apa jenis tertentu makanan itu, dengan apa-apa racun makhluk perosak yang dinyatakan atau lebih daripada kuantiti, kadar, kekuatan atau kepekatan yang dinyatakan bagi racun makhluk perosak itu.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh membuat peruntukan bahawa, melainkan jika sebaliknya dibuktikan, sesuatu pelanggaran yang dinyatakan bagi mana-mana larangan dalamnya hendaklah dianggap telah dilakukan oleh seseorang atau orang yang dinyatakan berkenaan dengan mana-mana makanan yang dinyatakan jika terdapat dalam makanan itu suatu racun makhluk perosak yang dinyatakan atau suatu kuantiti, kadar, kekuatan atau kepekatan yang dinyatakan bagi racun makhluk perosak itu.

Kemasukan, pemeriksaan dan penyitaan