Akta Racun Makhluk Perosak 1974 · Updated to 15 Mar 2023 · Bahagian II · Lembaga Racun Makhluk Perosak
3. Penubuhan Lembaga
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan suatu Lembaga bernama Lembaga Racun Makhluk Perosak dan terdiri daripada ahli yang berikut:
Ketua Pengarah Pertanian, yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
seorang pegawai kanan Jabatan Pertanian, Semenanjung
Malaysia, yang hendaklah dilantik oleh Menteri, dan dia hendaklah menjadi Setiausaha;
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam);
Ketua Pengarah Kimia;
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia;
Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia;
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia;
Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan;
Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung Malaysia;
Pengarah Pertanian, Sabah;
Pengarah Pertanian, Sarawak;
Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling; dan
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia.