Seksyen 32
Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah kenderaan
of Akta Racun Makhluk Perosak 1974
Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa mempunyai syak yang munasabah bahawa suatu kenderaan membawa suatu racun makhluk perosak yang melanggar Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau yang berkenaan dengannya suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan adalah sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan menyita mana-mana racun makhluk perosak yang didapati dalam kenderaan itu yang berkenaan dengannya pelanggaran atau kesalahan itu disyaki sedang atau telah dilakukan dan mana-mana buku atau dokumen yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelanggaran atau pelakuan kesalahan itu.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai yang diberi kuasa itu—
(a)
memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai yang diberi kuasa itu memeriksanya; dan
(b)
membuka semua bahagian kenderaan untuk diperiksa dan mengambil segala langkah bagi membolehkan atau menyenangkan pelaksanaan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai yang diberi kuasa itu, dan jika dia tidak berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan.