Skip to content

Seksyen 33

Pengenalan pegawai apabila mengambil tindakan

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 35 of 66
Seksyen 33
(1)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa mestilah, jika tidak berpakaian seragam, apabila diminta menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak perakuan pengenalan yang ditetapkan.

(2)

Seseorang boleh enggan untuk mematuhi sesuatu permintaan, rekuisisi, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa dan yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu tidak berpakaian seragam dan enggan, apabila dituntut oleh orang itu, menyatakan jawatannya dan mengemukakan perakuan pengenalannya.