Skip to content

Seksyen 3C

Kuasa tambahan Lembaga

of Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966

ActIn forceProvision 6 of 33
Seksyen 3C

(a)

jika ternyata diperlukan, berfaedah atau memudahkan bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan penjalanan aktiviti Lembaga, memasuki penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bersama-sama, atau selainnya, dengan―

(i)

sesuatu perusahaan, syarikat atau pengusahaan swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

(ii)

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

(iii)

mana-mana pihak berkuasa berkanun; atau

(iv)

sesuatu suruhanjaya;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

(b)

menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancang atau yang sedang dijalankan oleh Lembaga; atau

(c)

melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan nama yang didapati patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab terhadap, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan (c).