Population and Family Development Act 1966 · Updated to 8 Jan 2013 · Bahagian II · Lembaga
4D. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & support(1)
Jika
Pengerusi kerana apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.
(2)
Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau
Timbalan Pengerusi tidak hadir atau jika mesyuarat diadakan semasa mana-mana tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang anggota
Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(d)
untuk mempengerusikan mesyuarat itu.