Population and Family Development Act 1966 · Updated to 8 Jan 2013 · Bahagian II · Lembaga
4B. Anggota silih ganti
Feedback & supportMenteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(d) dan (e), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat
Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota
Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.