Skip to content
In forceUpdated to 8 Jan 2013Read it in English

Bahagian II · Lembaga

6. Pewakilan kuasa

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat, batasan atau sekatan yang didapatinya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah perenggan 3B(2)(a), (c) dan (d) dan perenggan 7A(1)(b)

Akta ini kepada Jawatankuasa Eksekutif Lembaga dan mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Jawatankuasa Eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua

Pengarah—

(a)

kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga;

dan

(b)

kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang dinyatakan oleh Lembaga.

BAHAGIAN IIA

KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang, Akaun dan Perbelanjaan Lembaga

Bahagian IV

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian V

Pelbagai

Schedules