Skip to content
In forceUpdated to 8 Jan 2013Read it in English

Bahagian II · Lembaga

7A. Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh―

(a)

dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan

Timbalan Ketua Pengarah;

(b)

melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.

(2)

Tiada seorang pun layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 19

bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.

(3)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang, Akaun dan Perbelanjaan Lembaga

Bahagian IV

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian V

Pelbagai

Schedules