Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XVI · Perkara Kepentingan Negara
105. Kewajipan am pemegang lesen
Feedback & supportSeorang pemegang lesen hendaklah dengan sedaya upayanya mencegah kemudahan rangkaian pos yang dipunyai atau disediakannya atau perkhidmatan rangkaian yang disediakannya daripada digunakan dalam, atau yang berhubungan dengan, pelakuan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia.
Pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh
Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu
Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-Perkhidmatan Pos 81
undang bertulis Malaysia atau selainnya dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pelindungan hasil awam dan pemeliharaan pertahanan negara.