Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian X · Pelindungan Pengguna
49. Forum Pos
Feedback & supportSuruhanjaya boleh melantik suatu badan yang dikenali sebagai “Forum Pos” bagi maksud Akta ini dengan memberitahu badan itu secara bertulis, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
keanggotaan badan itu terbuka kepada semua orang;
badan itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini yang berkaitan; dan
Perkhidmatan Pos 43
badan itu mempunyai perlembagaan bertulis.
Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi
Forum Pos sebelum pelantikan itu boleh didaftarkan.
Suruhanjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang sebelum itu telah dilantik sebagai Forum Pos tidak lagi menjadi badan yang sesuai bagi maksud Akta ini, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa badan itu tidak memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Suatu pelantikan atau penarikan balik pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran, atau suatu tarikh yang kemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.