Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XV
98. Kumpulan Wang Perkhidmatan Pos
Feedback & supportSuatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Perkhidmatan Pos” (“Kumpulan Wang PP”) ditubuhkan dan
Perkhidmatan Pos 75
kumpulan wang itu hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh
Suruhanjaya.
Semua pemegang lesen hendaklah menyumbang kepada
Kumpulan Wang PP dalam cara yang ditetapkan oleh Menteri.
Kumpulan Wang PP hendaklah terdiri daripada—
sejumlah wang yang boleh diperuntukkan oleh Parlimen; dan
semua wang yang dicarumkan oleh pemegang lesen atau oleh mana-mana orang lain.
Kumpulan Wang PP hendaklah dibelanjakan bagi maksud-maksud yang berikut:
untuk memudahkan perkhidmatan sejagat ke seluruh
Malaysia mengikut Akta ini;
untuk memudahkan pengembangan dan kemajuan rangkaian pos;
untuk menambahbaik dan memberi maklum balas kepada keperluan pengguna menerusi penggunaan teknologi; dan
apa-apa maksud lain berhubung dengan perkhidmatan pos yang ditentukan oleh Menteri.
Hendaklah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memulihara
Kumpulan Wang PP dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah Kumpulan Wang PP adalah mencukupi untuk membayar semua perbelanjaan di bawah subseksyen (4).
Menteri, atas syor Suruhanjaya, hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan sumbangan kepada Kumpulan Wang PP dan apa-apa perkara lain berhubungan atau bersampingan dengan penubuhan dan pengendalian Kumpulan Wang PP.
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
Daftar