Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIII · Kesalahan dan Penalti
64. Tindakan yang menyalahi undang-undang pada barang pos
Feedback & supportSeseorang yang dengan niat jahat—
(a)
melupuskan atau memusnahkan;
(b)
membuka;
(c)
menyimpan, menahan atau menyembunyikan;
(d)
melengahkan, mengabaikan atau salah serahan;
(e)
mengusik; atau
(f)
menghalang, mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.